Saturday, January 15, 2011

Kelas terakhir kami - Kelas komputer Tn Hj Hashimi (lecture komuter kami)


15 Jan 2011 (Sabtu)
Hari ni merupakan hari terakhir kelas kami sblm kami menghadapi peperiksaan akhir pada bulan Febuary depan. Kelas terakhir kami ialah kelas komputer. Module ni juga, kelasnya jarak antara masa agak lama (dr dec lepas sampai minggu lepas baru ada komputer semula), mcm biasa laa banyak yang kami lupa...

Dec lps kami bljr cara buat ebook cerita animasi untuk kanak-kanak. Minggu lepas kami belajar pula cara masukkan muzik latar dan masukkan suara percakapan kita..wah..mmg excited...masa belajar seronok je..bila cuba buat kat rumah...adoi...satu pun tak menjadi...mood saya mula hilang...seminggu tu lah saya duk asyik mencuba masih tak menjadi juga...akhirnya serender juga saya...ada je yg tak kene, bila masukkan muzik latar, pergerakan (aksi lain) tak berfungsi...

Hari ni ambil peluang tanya dan minta tolong pada lecture Tn Hj Hashimi...laa tengok Tn Hj ni buat senang je, kenapalah saya x dpt buat...eeehhh geram kat diri sendiri...ialah namapun lecture mmg lah pakarkan...Sekarang ni sy  tgh mencuba buat item ni  kat rumah.. tak mahu lambat2buat takut lupa...ya ampunn memang merumitkan....menguji kesabaran...tengah saya buat ni suara saya tenggelam dek bunyi latar...ayooo..harap-harap saya tak lupa cara kali ni...Satu lagi ni ebook untuk kanak-kanak beb... huhu suara ku...intonasinya...macam mana suai ke...tak pe laa... I will try my best...w/pun hehe.. x best tetap kata best...

Hari ini juga kami semua exited dpt belajar cara-cara membuat business card, pamplets, browncers dan lain-lain...

Hahaha seronok memang seronok..tapi macam biasa dapat tugasan baru...pairing dgn sorg kawan...ooohhh kene buat lagi dua tugasan..Tugasan pertama..cari satu software di pasaran dan berdasarkan software tu berikan komen adakah memenuhi 10 kritiria dalam perkembangan kanak-kanak seperti yang diajar oleh lecture kami.
Tugasan kedua sudah tentu buatkan potfolio tentang tadika ciptaan kami, siap dgn brwncer, pemplets, business card...
Harap kedua-dua tugasan ni kami boleh buat dgn baik..

Rasanya kelas komputer ni banyak memberi menafaat kepada kami, tambahan generasi sekarang kebanyakanya celik IT, kanak-kanak kecil lagi sudah tahu guna komputer yang memang sudah kalah kita dgn mereka. Jadi untuk tadika jika tiada IT, kemungkinan kanak-kanak menjadi boring tu agak tinggi, kerana persekitaran mereka semuanya sudah maju dgn IT. Di rumah mereka sudah pandai guna komputer..sebab itu tadika perlu ada untuk  mengajar pelajaran yang basic dan baik kepada mereka...Sayangnya kelas komputer ni agak singkat untuk kami belajar lebih mendalam lagi, sebab rasanya memang banyak lagi yang kami tidak tahu dan perlu tahu tentang IT.

Haa dua minggu lagi kami akan menghadapi exam, bermula 12 Feb 2011 hingga 26 Feb 2011. Inilah cabaran untuk kami yang sebenar, menghadapi tugasan dan kene ulangkaji untuk exam...

Mudah-mudahan kami semua berjaya membuat tugasan akhir dan exam akhir kami ini...Amin..Tolong doakan ye untuk kawan-kwan yang sudi membaca kisahku ini...dan terimakasih baanyak-banyak...

Lepas tarikh 26 Feb 2011 tu nanti, kami DPAK24 UM ni tak tahu bila lagi boleh berjumpa, kami sibuk dgn urusan masing-masing. Tapi harap-harap hubungan persahabatan kami sentiasa berkekalan hendaknya. Ye lah skrg zaman IT kan tak sepatutnya timbul masalah loss contact... tapi entahlah...sbb apabila manusia makin maju, manusia semakin sibuk..itu yang saya nampak lah..Wallahhualam..Cuma harapan saya walau sibuk mcam manapun kita janganlah kita lupa kepadaNya jua...sebab hidup ini tak ke mana penyudahnya...kita kembali kepadaNya jua..ingatan untukku juga ni...

Ok kawan-kawan panjang umur kita jumpa lagi....