Sunday, February 20, 2011

Berjumpa dengan PakNil, Ray dan Haniff di Pejabat Pos Besar Seremban

18-Feb-2011 (Jumaat - hari yang indah)
Saya memang dah dengar dari radio ERA yang PakNil dan geng riuh pagi era akan bersiaran di Seremban pd tarikh ni. Hehee seronok x terkata dapat berjumpa paknil di sbn ni.

Pg tu sya terlewat bangun pula sbb sblh mlm saya tidur lewat.6.30am baru saya tersedar, apa lagi bergegas la saya ke bilik air. Lps solat subuh, bersiap-siap terus ke sana. Rsnya mmg x jauh daripada Sikamat tempat saya  ke pej pos bsr sbn ni, tp ambil ms juga nak sampai...ala biasalah la sbn..jalanraya kalau pagi2 ni mmg jam, org sbn mmg bizi pagi2 ni hehehe...bukan alasan tapi mmg betul... x caya tanya jiran2 saya mereka mmg x de masa nak layan pertanyaan kita awal pagi....

Sampai ke pej pos lbh krg 8.00 am lbh..laaa mcm drpd kg den nak ke sbn jo...tu laa dah beritahu jln kat sbn ni mmg jam waktu pagi. Saya park kereta kat A & W, nasib ada ruang parking lagi, kalu x satu lagi masalah kat sbn ni.. saya terus ikut pintu pagar belakang pejabat pos besar sbn (mmg laluan saya untuk ke pej pos besar sbn). Terserempak dgn ray dan haniff, tegur juga ray..nasib dia jawab juga teguran saya ni kalau x termalu juga saya. Tapi saya tahu dia x la kejam utk x menjwb sapaan saya ni. ceeeaaahhh puji laah pulak...

Saya terus ke kaunter stem yang ada muka paknil yang apa yee??? comel ke hensem?? dua2 lah...dgn harga RM45 hahaha nak juga beritahu harganya. Sekali sekala beli bukannya senang nak dptkan stem dan poskad gambar paknil tu...Jangan harap saya nak guna stem dan poskad ni ye...simpan buat kenangan laaa..

Alamak terkasima la melihat wajah paknil yang memang hensem ni. Rasanya ni kali ke 3 saya dpt tgk muka paknil face to face. Kali pertama thn lps kat Senawang bln puasa ms segmen merisik khabar..ms tu baru saya tahu paknil ni kurus je orgnya tp maintain hensem...ms tu dia lalu betul2 sblh saya...aduhh rs nak gugur jantung ku...hahaha lebiiihhhh la pulak...ms tu saya rs saya cun la sikit sb x de la jerawat seteruk sekarang..cuma ms tu sygnya sy x bw kamera x dpt bergmbar dgn paknil..balik je la dgn rs sedikit hampa.. Kali ke 2 saya dpt jumpa paknil baru je 28 Jan lepas ms Hero Malaya buat kerja amal di Carrefour Wangsa Maju..Saya sampai pun agak lewat..Tp dapat juga bergambar bersama anak sedara dengan paknil..Alaa ms tu saya rasa serabainya saya dgn muka yg penuh jerawat...tp paknil mcm biasalah maintain hensem kan..Kali ke 3 kat sini lah di pej posbesar sbn ni...hussshhh nampak muka paknil ni bertambah hensem.. harap peribadinya juga bertambah baik sehensem wajahnya...doa drpd saya slh sorg peminatnya...

Lps beli stem & poskad gambar paknil, terus beratur untuk dptkan tandatangan dan bergambar dgnnya. Alang2 dah jumpa baik ambil tandatangan dan bergambar kan. Tiba giliran saya paknil tegur "hai apa khabar?, come" untuk bergambar dgnnya..Alahai x kan saya nak jawab saya krg sihat muka tgh naik jerawat lak...lgpun mn ada ms nak ckp2 mcm tu....Punyalah seronok dan malunya saya dpt bergambar dgn paknil...agaknya kebanyakan org mcm saya kan seronok x terkata dpt bergambar dgn paknil ni..Ni lah hasil gambarnya....
* Kawan2 saya yang sama-sama meminati paknil yang  x dpt datang ke pejabat pos besar Seremban tlg jangan jeeleezzz lak ye...x per tgk je gambar2 ni ...



Wednesday, February 9, 2011

10 Feb 2011

10 Feb tarikh lahirku...
Syukur Alhamdulillah dengan munculnya tarikh ini menandakan bertambahnya usiaku dan sedari juga usiaku sudah menghampiri senja. Uisa kita bertambah bukan sahaja dilihat pada tarikh tetapi setiap hembusan nafas dan setiap saat adalah menandakan usia kita bertambah..Aku bersyukur Ya Allah Engkau beriku bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan ini.

Wah awal pagi lagi 12am tepat saya dah dapat hadiah daripada Ayu rakan di tempat kerjaku. terimakasih Ayu, semoga bertambah ayu lagi ye...hehehe...Kebetulan saya kerja malam dan ayu tinggal di asrama maka dialah orang pertama memberi hadiah kepadaku...ehh ada lagi org nak beri hadiah kpd sy yg dah tua ni...hehehe..mana pernah saya celebrate besday saya selama ni. Org memberi saya terima dgn hati yang  terbuka ...kecil tapak tangan bilik warden ni saya bukakan untuk kawanku yang sorg ni...

Impian?? Pastinya sebagai umat Islam nak pergi menunaikan fardu haji ke tanah suci Mekah. Mudah2an satu hari nanti akan terlaksana impianku ini InsyaAllah. Pada thn 2005 saya pernah pergi membuat umrah di sana, memang satu kenangan cukup indah semasa berada di sana shg terasa kalau boleh setiap tahun hendak pergi ke sana.

Impian seterusnya.. rsnya x perlu untuk ditulis biarlah Dia sahaja yang maha mengetahui.

Kesihatan.. Kalau selama ini alhamdulillah sihat tiada penyakit kronik. kini wallahhualam. Aku pun pelik tiba2 jerawat terlalu banyak tumbuh di wajahku dgn ketulan bengkak di bawah daguku..Rasa nak telan makanan dani minuman pun agak susah ni... tapi harap tiadalah penyakit kronik yg muncul kpd ku ini..InsyaAllah setelah segala2 kerjaku selesai aku akan membuat chk up di hospital. Kalau apa2 pun terjadi aku mesti redha...

Kehidpanku..Orang yang paling istimewa di hatiku pastinya ibuku...semua orang pun akan berfikir begitu...Saya sayang mak saya.Ibuku pun tgh sakit...kesihan juga ku lihat derita sakit yg ditanggung ibuku,mungkin di masa muda bersama ayahku sama-sama banyak bekerja keras untuk membesarkan kamai 7 beradik.
Ayahku baru thn lps 6 April 2010 pergi meninggalkan kami buat selamanya. Alfatihah untuk ayahku.

Aku jug bersyukur kami adik berdik sentiasa rapat dan saling bantu membantu membela ibu kami dan dalam banyak urusan.
Anak buahku alhamdulillah, kebanyakkannya tgh belajar ada yg ke menara gading, ada yang telah bekerja, ada yang masih bersekolah dan ada yang masih kecil. Doa saya semoga mereka semuaberjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna kepada ibubapa, keluarga masyarakat, agama dan bangsa.  

Eh saya mahu bercerita tentang org2 yang pernah dan memang rapat dengan sayalah.Terimakasih kerana menajadi kawan karib ku...

Sepupuku Hanizah memang sejak kecil kami rapat berkawan. Aku tua 4 thn drpd dia.Teringat semasa kecil dulu dia mmg suka minum susu..susu adalah favouritenya...hehe tanpa susu badan dia akan lemah...(susu pekat dalam tin tu). Skrg pula..adoi...ini org kalau sesiapa call hset dia...buang masa je...jarang dia pick up...haha adik...adik...(gelaran familyku thdnya ialah adik).Tapi mmm... bab mengemas rumah...mmg dia paling bagus..memang pandai mengemas rumah..Sayang dgn dia ni...

Sahabatku...Masa kerja sbg Technician di HEPM Bangi dulu, aku begitu rapat dgn sorg kawan yg usia lbh kurang sebaya dgn ku. besdaynya pun selang sehari dgn ku..Kawanku ini namanya Rozita...rajin, baik hati dan akan memberi pandangan yang positif w/pun kadang2 boleh terasa dgn pendapat nya itu. Apalah khabar dia skrg ye..nanti 11Feb mesti aku contact dia untuk ucapkan happy besday kpd dia pula..Mana mungkin aku boleh melupakan memori indah bersama dgnnya 18thn aku bekerja di sana dan bertahun2 juga aku berkawan dgnnya...

Kawan sekuliahku Noor Aziziah. walau pun setahun lebih baru kami berkawan tapi terasa bagai bertahun2 rasanya.Hehehe...kelebihan dia kalau tulis di fb siap berfalsafah..kadang2 aku sendiri x faham maksud tersirat di sebalik falsafahnya itu...ye lah aku ni bukan pandai bahasa bunga2 nih...haha selalu juga aku pesan kpdnya...kalau nak beritahu aku n nak tuju kata kpd ku tlg terus terang, sbb aku mmg lemah bahasa kiasan ni..sikit2 tahulah...Dia juga suka memberi kata semangat dan perangsang kepada bukan shj aku tetapi kpd kawan2 ku yang lain juga..Yang bestnya dia sudah mepunyai tadika dan taska di bukit beruntung tempat tinggalnya..Best kan hidup dikelilingi oleh kanak-kanak...Alaa bila lah aku boleh menjadi seperti kawanku ini..

Nor Rahayu Librarian di tempat kerja ku. mmg lbh muda daripada ku. dia lbh kurang sebaya anak saudaraku aja...haha..mmg aku selalu dpt berkwn dgn budak2 muda..Tapi bukan lah bermakna aku perasan aku muda n berperangai spt mereka...ada bahgian2nya mmg kami buat bersama2 ..pergi pasar malam, pergi joging dan mcm2 lagi. Tapi yang penting kami hormat menghormati antara satu dgn lain..

Kawan2 ku yang lain juga amat istimewa buatku sentiasa rasa gembira apabila bersama-sama.

Bila menjejak ke usia ini rasanya tiada yang lebih indah selain dripada mendekatkan diri kepadaNya. Mengadu apa saja kepadaNya, Sedih, sakit hati,apa saja terlintas di hati rasanya lebih baik mengadu kepadaNya. Sebak rasa hati memikirkan apakah amalan ku diterimanya sedangkan aku manusia biasa punya banyak kesalahan dan kesilapan yang ku lakukan samada secara sedar atau tanpa disedari...Ya Alah aku memohon Rahmat dan kasih sayngmu, semoga hidupku diberkatiMu..

Aku rindu nak belajr semula membaca alquran dgn tajwid yang betul. Sblm ini aku pernah belajar setakat basic..sepaerti idram,  izhar, iqlab..haa kan basic tu,  Harap satu hari nanti aku dpt belajar dgn lebih mendalam lagi tentang membaca al-quran dgn cara yang betul...respect dgn anak2 muda yg pandai baca cukup sifat tajwid dan lebih2 lagi pandai bertaranum...hee rasa rendah diri la saya dgn mereka..walaupun saya x habis bljr hukum tajwid alquran ni di kesempatan ini ingin saya merakamkan terimakasih saya kepada Ustazah Nawiyah dan Ustaz Najib yang mengajar saya ttg basic membaca al-quran ini..x lupa juga buat Arwah Datuk Hj Hamid yang mengajar saya mengenal huruf al-quran juga ustazah Khatijah.mengajar agama di sekolah rendah dulu...






ooo ye saya ingin juga bercerita ttg sorg celebriti yg punyai jutaan peminat ni...kebetulan sayapun salah sorg peminatnya....mmg sy juga suka tgk rancangan yang dikendalikannya pasti x kering gusi, menghiburkan..dia juga sbnrnya merupakan ikon semua golongan masayarakat. Rasa juga mahu mengenalinya dgn lebih dekat.. tp saya kene faham akur dgn batas2nya...rasa juga rendah diri sbb sy mmg kene sedar diri ...kdg2 hati nakal berkata,,,hehe minat giler juga dgn nya....oooppp..kene sedar diri,,,siapalah aku kan, sumbangan thd masyarakat..jauh sekali..ialah apalah keupayaanku utk membuat ini semua...muka pun x lah cun tiba2 berjerawat lg...Ya Allah melamun rupanya aku...huhu...so jd peminat setia pun dah kira ok laahh..Saya harap celebriti yg saya minati ni maafkan sy krn ada abadikan gmbarnya dlm fb saya tanpa meminta izin drnya...Alamak si Ayu ni pergi letak gmbar celebriti yg saya minatini dlm kad besday saya...hehehe ayu pandai nakalkan org ye...Paknil maafkan saya dgn apa yg kwn sya buat ni....n sy akn simpan dgn baik kad ini sbg kenangan drpd kwn saya. (kalau paknil terbaca blog saya ni la)

Keluargaku terimaksih kerana menyayangiku, dan kawan-kawnku semua terimaksih kerana saya dapat  berkawan baik dgn kalian. Maafkan saya andai ada salah silap saya thd kalian semua...hari ini kita telah lalui...hari esok...wallahhu alam siapa lah ayng tahu...

Assalammualaikum n bye... ada masa dan kalau panjang umur kita bercerita lagi...

Saturday, January 15, 2011

Kelas terakhir kami - Kelas komputer Tn Hj Hashimi (lecture komuter kami)


15 Jan 2011 (Sabtu)
Hari ni merupakan hari terakhir kelas kami sblm kami menghadapi peperiksaan akhir pada bulan Febuary depan. Kelas terakhir kami ialah kelas komputer. Module ni juga, kelasnya jarak antara masa agak lama (dr dec lepas sampai minggu lepas baru ada komputer semula), mcm biasa laa banyak yang kami lupa...

Dec lps kami bljr cara buat ebook cerita animasi untuk kanak-kanak. Minggu lepas kami belajar pula cara masukkan muzik latar dan masukkan suara percakapan kita..wah..mmg excited...masa belajar seronok je..bila cuba buat kat rumah...adoi...satu pun tak menjadi...mood saya mula hilang...seminggu tu lah saya duk asyik mencuba masih tak menjadi juga...akhirnya serender juga saya...ada je yg tak kene, bila masukkan muzik latar, pergerakan (aksi lain) tak berfungsi...

Hari ni ambil peluang tanya dan minta tolong pada lecture Tn Hj Hashimi...laa tengok Tn Hj ni buat senang je, kenapalah saya x dpt buat...eeehhh geram kat diri sendiri...ialah namapun lecture mmg lah pakarkan...Sekarang ni sy  tgh mencuba buat item ni  kat rumah.. tak mahu lambat2buat takut lupa...ya ampunn memang merumitkan....menguji kesabaran...tengah saya buat ni suara saya tenggelam dek bunyi latar...ayooo..harap-harap saya tak lupa cara kali ni...Satu lagi ni ebook untuk kanak-kanak beb... huhu suara ku...intonasinya...macam mana suai ke...tak pe laa... I will try my best...w/pun hehe.. x best tetap kata best...

Hari ini juga kami semua exited dpt belajar cara-cara membuat business card, pamplets, browncers dan lain-lain...

Hahaha seronok memang seronok..tapi macam biasa dapat tugasan baru...pairing dgn sorg kawan...ooohhh kene buat lagi dua tugasan..Tugasan pertama..cari satu software di pasaran dan berdasarkan software tu berikan komen adakah memenuhi 10 kritiria dalam perkembangan kanak-kanak seperti yang diajar oleh lecture kami.
Tugasan kedua sudah tentu buatkan potfolio tentang tadika ciptaan kami, siap dgn brwncer, pemplets, business card...
Harap kedua-dua tugasan ni kami boleh buat dgn baik..

Rasanya kelas komputer ni banyak memberi menafaat kepada kami, tambahan generasi sekarang kebanyakanya celik IT, kanak-kanak kecil lagi sudah tahu guna komputer yang memang sudah kalah kita dgn mereka. Jadi untuk tadika jika tiada IT, kemungkinan kanak-kanak menjadi boring tu agak tinggi, kerana persekitaran mereka semuanya sudah maju dgn IT. Di rumah mereka sudah pandai guna komputer..sebab itu tadika perlu ada untuk  mengajar pelajaran yang basic dan baik kepada mereka...Sayangnya kelas komputer ni agak singkat untuk kami belajar lebih mendalam lagi, sebab rasanya memang banyak lagi yang kami tidak tahu dan perlu tahu tentang IT.

Haa dua minggu lagi kami akan menghadapi exam, bermula 12 Feb 2011 hingga 26 Feb 2011. Inilah cabaran untuk kami yang sebenar, menghadapi tugasan dan kene ulangkaji untuk exam...

Mudah-mudahan kami semua berjaya membuat tugasan akhir dan exam akhir kami ini...Amin..Tolong doakan ye untuk kawan-kwan yang sudi membaca kisahku ini...dan terimakasih baanyak-banyak...

Lepas tarikh 26 Feb 2011 tu nanti, kami DPAK24 UM ni tak tahu bila lagi boleh berjumpa, kami sibuk dgn urusan masing-masing. Tapi harap-harap hubungan persahabatan kami sentiasa berkekalan hendaknya. Ye lah skrg zaman IT kan tak sepatutnya timbul masalah loss contact... tapi entahlah...sbb apabila manusia makin maju, manusia semakin sibuk..itu yang saya nampak lah..Wallahhualam..Cuma harapan saya walau sibuk mcam manapun kita janganlah kita lupa kepadaNya jua...sebab hidup ini tak ke mana penyudahnya...kita kembali kepadaNya jua..ingatan untukku juga ni...

Ok kawan-kawan panjang umur kita jumpa lagi....