Sunday, December 26, 2010

3 Trainee Last Day di Kolej






Jumaat 24 Dec 2010.
Ptg ni kami (saya dan sorg staff Ayu) agak muram dan sedih sedikit kerana bakal kehilangan kawan-kawan atau bg diriku spt adik-adik atau spt anak-anak (mereka sebaya anak-anak sedara saya) yg banyak juga mengajar saya tentang IT. Mereka bertiga (Huda, Marina da S.Hajar) ni trainee di bahagian IT sebagai tenaga pengajar. Mereka drpd CIAST training di kolej TAFE lbh krg 6 bulan (rasanya) hehe saya pun lupa laa..Sorry....

 Kebetulan selama mereka training, mereka tinggal di hostel ni, tu yg agak rapat juga dgn ku.  Sedih juga lah dgn berakhirnya kisah mereka di kolej ini.. Nak buat mcm mn pelajar akan dtg dan pergi silih berganti... hanya yg tinggal ialah kenangan suka duka bersama mereka.Sempat juga mereka memberi hadiah kpd saya. TQVM Huda, Marina dan Hajar.

Saya doakan  semoga mereka bertiga success dgn kerjaya mereka di luar sana...danmudah-mudahan mereka tak lupakan kami di sini. Bye Huda, Marina n Hajar.. kalau ada masa sila lah dtg ke tempat kami ini...

Si Ayu ni yg kesian nya, skrg student kolej sedang bercuti, dia ni pekerja TAFE spt saya juga, dia tinggal di hostel... tingal sorg2 sehingga cukup tahun ni... kesian... kesian....Jgn bersedih Ayu nanti akak temankan Ayu k...

Saturday, December 18, 2010

Kelas akhir PM Dr Mariani





Alhamdulillah hari ni kira awal la saya sampai  ke um. Sempat juga saya touch up big book saya(tugasan moral),dgn dibantu oleh kawanku si zah ni...tqvm zah..

Hari ni PM Dr Mariani mengajar kami selama 8 jam (dari 9am hingga 6pm). Pelajaran pertama ialah cara membuat brain storming web, kurikulum web (yg mengandungi 6 tunjang), Centers web dan Learning web (masukkan lesson plan).

Kami rihat seketika lebik kurang 1.00pm.Masa tu juga kami submitkan big book kami dan sinopsis (book review) untuk moral module.Untuk rihat i oleh kerana hari ini hari terakhir PM Dr Mariani mengajar kami macam biasa ada kawan-kawan yang membawa makanan untuk jamuan bersama PM Dr Mariani. Aduhhh.. kamera saya problem pulak, tak dapat ambil gambar jamuan kami...Yang sedapnya tu ada donat...tak boleh tahan...perasa coklat laaa...

Selepas kebanyakannya solat, kami meneruskan tugasan kami, membuat semua web berdasarkan tema yang kami pilih..Mentang-mentang hari ni jamuan kami memilih tajuk tema makanan dan sub tema kek... wah kreatif juga kumpulan kami ni... hehe... idea dari faizah dan kami yang lain bekerjasama membuat korikulum web kami tu... hehehe kek kami... deko yg cantik juga...termasuk yang lainnya kami membahagikan tugas kami masing-masing.Tugas kebanyakan kami membuat kurikulum web berdasarkan tunjang. Faizah dan Fifi upload gambar kek untuk membuat web kami. faizah mencari gamabar kek dari internet dan fifi membuat web dalam komputer dan kami yang lain berbincang tentang setiap tunjang dalam web kami serta lesson plan.

Selepas semua selesai semua kumpulan dikehendaki present web masing-masing mengikut tema dan sub tema yang setiap kumpulan pilih.

Selesai present kami belajar pula mengenai Assessment terhadap kanak-kanak. Huhuu... ye ke untuk kanak-kanak sahaja??? Haha tidak semestinya, tapi fokus kami untuk kanak-kanak laa... Ada lebih kurang 9 assessment yang boleh kita buat pada kanak-kanak.Salah satu daripadanya ialah portfolio.

Seperti biasa habis penerangan daripada PM Dr Mariani, kami kena sediakan asignment kali ini PM Dr Mariani meminta kami membuat mind maping (peta minda)  dan assessment aktiviti seorang kanak-kanak selama lebih kurang 5 ke 10 minit.melalui teknik pemerhatian dan penilaian..dengan menggunakan 1 rakaman video..

Oleh kerana masa mencemburui kami....ceewaaah..ayat basic nih... kami perlu membuat tugasan tersebut sesama kami (kira homework lah..) janji hari exam submitkan semua tugasan yang telah dan sedang dibuat..

Sebelum bersurai sempat juga kami mengmbil gambar kenangan kami bersam PM Dr Mariani.

Pada kami PM Mariani yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang pendidikan awal kanak-kanak ini seorang yang baik, agak kelakar juga tidak seperti apa yang kami dengar dari khabar angin dahulu. kami beruntung dapat menimba ilmu daripadanya juga prof yang lain. yang kami rasa seronok ialah setiap topik yang diajar kami rasa senang untuk memahaminya. Tapi untuk usia kami ni kene juga buat banyak revision supaya kami tidak lupa apa yang diajar oleh PM Dr Mariani juga lecture yang lain.

Selepas kami berbincang tentang topik akhir (assessment) dan membuat sedikit assessment melalui video, kami pun bersurai.Kami bercuti untuk 2 minggu seterusnya ini. Good bye kawan-kawan dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Panjang umur dan murah rezeki kita bertemu lagi di tahun hadapan. InyaAllah.

Saturday, December 11, 2010

Montessorian Conference & Sains

Assalammualaikum utk kawan-kawan yang sudi membaca kisah saya ini.

11-Dec-2010. Yang menyeronokkan saya pada hari ini, saya teuja untuk pergi ke Montessorian Conference  (dikira majlis ilmu untuk saya dan seangkatan dgn saya)  yang diadakan di auditorium fakulti pendidikan UM. Conference bermula pada pukul 9.15am.

Speaker terdiri drpd Dr. Rahil (UPM), Dr Mariani (UM) dan Ms Carolyn Choo (U SEGI).

Dr Rahil memulakan info mengenai 'Reading Literacy Skill Among Children Early School Years'. Dr Rahil membentangkan tentang kajiannya terhadap kanak-kanak yang lemah 'reading skill', punca-puncanya dan memperkenalkan 'JOM CERITA' kepada parent.

Dr Mariani pula info mengenai 'Smart Parent Teacher Partnership'. (Alamak tajuk inilah kami kena buat tugasan pada minggu depan). Sekali lagi Dr Mariani menekankan tentang' Learning through play meaningfull to the children. As Smart parent we need to know how children learn and making it something positif'.

Spt yang diketahui kanak-kanak mempunyai 9 MI - seperti logical Methamatic, Inter personal, Intra personal dan lain-lain, bermakna sekira kanak-kanak tersebut tidak pandai matematik tidak semestimya dia tidak pandai mengenai hal lain.

Zon of Poximal Developmnet (ZPD) menekankan kanak-kanak memerlukan 'proper guidance' orang dewasa, 'parent, teacher, sister, brother' ...

Dr Mariani juga menyentuh tentang korikulum,' assesment, Hand on experience (children learn with  concrete material) & Relesionship between parent,teacher and staff (can colaborate effectively),how to get cooperation'.' Interactive playground' & berpendapat 'how we do depend on u, the talent and individual children'. Semua pendekatan adalah baik dan  'have their own strategy'.

Dr Mariani juga menyentuh sedikit mengenai 'transition faciliting factor depend on preparation of good enviroment and depend on a good facilities'

Saya harap kami dpak24 boleh buat tugasan yang diberi oelh Dr Mariani ini.Boleh atau tidak kami kena buat juga...

Miss Carolyn info mengenai 'Holistic Approach On Early Childhood Education The Challenges In Meeting The Parent Teacher Partnership Successfull'. Menyentuh mengenai 'invited the parent into the school, need open door to the parent to see their children learning through play. Lets them see how anggage the children are when they are working with the concrete material'.

Conference tamat pada 12pm. Semua speaker kira memang 'interested' untuk kami, tapi untuk kami yang tgh belajar ni lbhkan kpd tugasan yang diberi oleh Dr Mariani. Mujurlah segala info mereka sempat saya rakamkan suara mereka.. Harap suara mereka tersimpan baik dalam lattop saya untuk 'reference' saya di masa akan datang.

Maaf ye BI saya mmg x bagus. Apa yang saya tulis ni berdasarkan pemahaman saya sahaja.




Sebelah petang 2pm kami belajar Sains untuk kanak-kanak. Lecture kami Mr Lee Loong Fatt. Selepas kami menghantar tugasan individu, Mr Lee membuat revision untuk kami tentang Sains sebab hari ini kelasSains terakhir untuk kami sblm kami exam pada Feb 2011 thn depan InsyaAllah. Oleh sebab kelas Sains ini jarang (jarak antara kelas sebelum ini dgn sekarang agak jauh...) haaa banyak juga yang kami lupa...eeehhh.. Jangan masa exam nanti lupa sudah lah....

Tiba masa untuk kami menunjukkan teaching aids kami...Kimpulan kami membuat magnet board. Yang seronoknya kumpulan lain membuat gunung berapi...Waah kreatifnya mereka, mesti rajin check dlm internet nii...tahniahlah untuk mereka (kawan-kawan saya)...

Akhir sekali selepas mendengar pesanan terakhir lecture kami, kami bergambar beramai-ramai bersama Mr Lee. Haa gambar tsb tiada dlm kamera saya... sbb oohh tidak sorg kawan ku lupa ambilkan.... dah tak boleh buat apa....
Haa akhirnya dpt juga gambar beramai kami dgn Mr Lim, saya ambil melalui fb yang kawan saya kirimkan
.
6pm kami pun bersurai..balik ke rumah masing-masing.... haaaa penatnya drive ke sbn, anak sedara saya cuti..

Sunday, December 5, 2010

Apa yang saya belajar hari ni??....







4 Dec 2010. Sabtu.
Hari ni pun saya lewat sampai sikit laa. Malunya Lecture dulu sampai daripada saya. Alasan ke nak beri konon saya dari Sban, tu yg lambat, sdgkan kawan saya dari Batu Pahat Johor pun dah awal sampai..

Hari ni kira Lecture baru lah untuk ajar module baru[Strategi Pengajaran dan Perancangan Program II) Prof Madya Dr Mariani... manis namanya semanis orgnya ehh...

Memang bestlah apa yang kami belajar hari ni, kene ingat semula semua pendekatan daripada tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Proeble, Montessori, Regio Emilia pendekatan Multiple Intelligence, KSPK dan sebagainya..Saya nak review balik...huuuu mmg susah laa... kena buka buku semula la jwbnya... tu la kalau umur mcm sy ni belajar mmg kena banyak buat revision kan.... aduh...

bab MI ni yang x boleh nak lupa bila sorg kawan kata kita cuma ada 4 MI haha... kalau tanya saya masa tu lah... lagi laa hemtam je... rupa2nya kta semua ada 9 MI...Item inilah salah satu yang patut diterapkan kepada kanak-kanak..

Habis bljr kami kena sediakan korikulum tadika kami (berkumpulan) sambil PM pantau pebincangan kami sblm kami disuruh present (wakil). Saya lbh suka cr mcm ni drpd buat kat umah fikir lps tu hantar asignment.
Cara ni kami sama2 berbincang apakah pendekatan yang kami mahu di tadika (objektif?Pedagogi),DAP (Development Appropriate Practise) & matlamat. Perbincangan beramai mesti banyak idea...kalau sorg menung jugak nak fikirkan nih...

Nak tau minggu depan (11Dec 2010) kami disuruh menghadiri conference Montessorian World International di UM... x sabar rasa nak pergi... tapi mmmm....yang merisaukan lepas tu... rasakanlah.... kene buat asignment laa....haha sabar je la...ni la namanya belajar...kesian kami eh...

Yeayyy seronoknya saya dpt belajar cara masukkan gambar dlm blog ni drpd kawan saya Nurul Huda (trainee teacher IT) TQVM Huda..
 Tp saya ni risau jugak, dia x de nanti (hbs training) saya dah lupa caranya semula.