Sunday, February 20, 2011

Berjumpa dengan PakNil, Ray dan Haniff di Pejabat Pos Besar Seremban

18-Feb-2011 (Jumaat - hari yang indah)
Saya memang dah dengar dari radio ERA yang PakNil dan geng riuh pagi era akan bersiaran di Seremban pd tarikh ni. Hehee seronok x terkata dapat berjumpa paknil di sbn ni.

Pg tu sya terlewat bangun pula sbb sblh mlm saya tidur lewat.6.30am baru saya tersedar, apa lagi bergegas la saya ke bilik air. Lps solat subuh, bersiap-siap terus ke sana. Rsnya mmg x jauh daripada Sikamat tempat saya  ke pej pos bsr sbn ni, tp ambil ms juga nak sampai...ala biasalah la sbn..jalanraya kalau pagi2 ni mmg jam, org sbn mmg bizi pagi2 ni hehehe...bukan alasan tapi mmg betul... x caya tanya jiran2 saya mereka mmg x de masa nak layan pertanyaan kita awal pagi....

Sampai ke pej pos lbh krg 8.00 am lbh..laaa mcm drpd kg den nak ke sbn jo...tu laa dah beritahu jln kat sbn ni mmg jam waktu pagi. Saya park kereta kat A & W, nasib ada ruang parking lagi, kalu x satu lagi masalah kat sbn ni.. saya terus ikut pintu pagar belakang pejabat pos besar sbn (mmg laluan saya untuk ke pej pos besar sbn). Terserempak dgn ray dan haniff, tegur juga ray..nasib dia jawab juga teguran saya ni kalau x termalu juga saya. Tapi saya tahu dia x la kejam utk x menjwb sapaan saya ni. ceeeaaahhh puji laah pulak...

Saya terus ke kaunter stem yang ada muka paknil yang apa yee??? comel ke hensem?? dua2 lah...dgn harga RM45 hahaha nak juga beritahu harganya. Sekali sekala beli bukannya senang nak dptkan stem dan poskad gambar paknil tu...Jangan harap saya nak guna stem dan poskad ni ye...simpan buat kenangan laaa..

Alamak terkasima la melihat wajah paknil yang memang hensem ni. Rasanya ni kali ke 3 saya dpt tgk muka paknil face to face. Kali pertama thn lps kat Senawang bln puasa ms segmen merisik khabar..ms tu baru saya tahu paknil ni kurus je orgnya tp maintain hensem...ms tu dia lalu betul2 sblh saya...aduhh rs nak gugur jantung ku...hahaha lebiiihhhh la pulak...ms tu saya rs saya cun la sikit sb x de la jerawat seteruk sekarang..cuma ms tu sygnya sy x bw kamera x dpt bergmbar dgn paknil..balik je la dgn rs sedikit hampa.. Kali ke 2 saya dpt jumpa paknil baru je 28 Jan lepas ms Hero Malaya buat kerja amal di Carrefour Wangsa Maju..Saya sampai pun agak lewat..Tp dapat juga bergambar bersama anak sedara dengan paknil..Alaa ms tu saya rasa serabainya saya dgn muka yg penuh jerawat...tp paknil mcm biasalah maintain hensem kan..Kali ke 3 kat sini lah di pej posbesar sbn ni...hussshhh nampak muka paknil ni bertambah hensem.. harap peribadinya juga bertambah baik sehensem wajahnya...doa drpd saya slh sorg peminatnya...

Lps beli stem & poskad gambar paknil, terus beratur untuk dptkan tandatangan dan bergambar dgnnya. Alang2 dah jumpa baik ambil tandatangan dan bergambar kan. Tiba giliran saya paknil tegur "hai apa khabar?, come" untuk bergambar dgnnya..Alahai x kan saya nak jawab saya krg sihat muka tgh naik jerawat lak...lgpun mn ada ms nak ckp2 mcm tu....Punyalah seronok dan malunya saya dpt bergambar dgn paknil...agaknya kebanyakan org mcm saya kan seronok x terkata dpt bergambar dgn paknil ni..Ni lah hasil gambarnya....
* Kawan2 saya yang sama-sama meminati paknil yang  x dpt datang ke pejabat pos besar Seremban tlg jangan jeeleezzz lak ye...x per tgk je gambar2 ni ...



No comments:

Post a Comment