Saturday, December 18, 2010

Kelas akhir PM Dr Mariani





Alhamdulillah hari ni kira awal la saya sampai  ke um. Sempat juga saya touch up big book saya(tugasan moral),dgn dibantu oleh kawanku si zah ni...tqvm zah..

Hari ni PM Dr Mariani mengajar kami selama 8 jam (dari 9am hingga 6pm). Pelajaran pertama ialah cara membuat brain storming web, kurikulum web (yg mengandungi 6 tunjang), Centers web dan Learning web (masukkan lesson plan).

Kami rihat seketika lebik kurang 1.00pm.Masa tu juga kami submitkan big book kami dan sinopsis (book review) untuk moral module.Untuk rihat i oleh kerana hari ini hari terakhir PM Dr Mariani mengajar kami macam biasa ada kawan-kawan yang membawa makanan untuk jamuan bersama PM Dr Mariani. Aduhhh.. kamera saya problem pulak, tak dapat ambil gambar jamuan kami...Yang sedapnya tu ada donat...tak boleh tahan...perasa coklat laaa...

Selepas kebanyakannya solat, kami meneruskan tugasan kami, membuat semua web berdasarkan tema yang kami pilih..Mentang-mentang hari ni jamuan kami memilih tajuk tema makanan dan sub tema kek... wah kreatif juga kumpulan kami ni... hehe... idea dari faizah dan kami yang lain bekerjasama membuat korikulum web kami tu... hehehe kek kami... deko yg cantik juga...termasuk yang lainnya kami membahagikan tugas kami masing-masing.Tugas kebanyakan kami membuat kurikulum web berdasarkan tunjang. Faizah dan Fifi upload gambar kek untuk membuat web kami. faizah mencari gamabar kek dari internet dan fifi membuat web dalam komputer dan kami yang lain berbincang tentang setiap tunjang dalam web kami serta lesson plan.

Selepas semua selesai semua kumpulan dikehendaki present web masing-masing mengikut tema dan sub tema yang setiap kumpulan pilih.

Selesai present kami belajar pula mengenai Assessment terhadap kanak-kanak. Huhuu... ye ke untuk kanak-kanak sahaja??? Haha tidak semestinya, tapi fokus kami untuk kanak-kanak laa... Ada lebih kurang 9 assessment yang boleh kita buat pada kanak-kanak.Salah satu daripadanya ialah portfolio.

Seperti biasa habis penerangan daripada PM Dr Mariani, kami kena sediakan asignment kali ini PM Dr Mariani meminta kami membuat mind maping (peta minda)  dan assessment aktiviti seorang kanak-kanak selama lebih kurang 5 ke 10 minit.melalui teknik pemerhatian dan penilaian..dengan menggunakan 1 rakaman video..

Oleh kerana masa mencemburui kami....ceewaaah..ayat basic nih... kami perlu membuat tugasan tersebut sesama kami (kira homework lah..) janji hari exam submitkan semua tugasan yang telah dan sedang dibuat..

Sebelum bersurai sempat juga kami mengmbil gambar kenangan kami bersam PM Dr Mariani.

Pada kami PM Mariani yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang pendidikan awal kanak-kanak ini seorang yang baik, agak kelakar juga tidak seperti apa yang kami dengar dari khabar angin dahulu. kami beruntung dapat menimba ilmu daripadanya juga prof yang lain. yang kami rasa seronok ialah setiap topik yang diajar kami rasa senang untuk memahaminya. Tapi untuk usia kami ni kene juga buat banyak revision supaya kami tidak lupa apa yang diajar oleh PM Dr Mariani juga lecture yang lain.

Selepas kami berbincang tentang topik akhir (assessment) dan membuat sedikit assessment melalui video, kami pun bersurai.Kami bercuti untuk 2 minggu seterusnya ini. Good bye kawan-kawan dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Panjang umur dan murah rezeki kita bertemu lagi di tahun hadapan. InyaAllah.

No comments:

Post a Comment