Sunday, December 5, 2010

Apa yang saya belajar hari ni??....







4 Dec 2010. Sabtu.
Hari ni pun saya lewat sampai sikit laa. Malunya Lecture dulu sampai daripada saya. Alasan ke nak beri konon saya dari Sban, tu yg lambat, sdgkan kawan saya dari Batu Pahat Johor pun dah awal sampai..

Hari ni kira Lecture baru lah untuk ajar module baru[Strategi Pengajaran dan Perancangan Program II) Prof Madya Dr Mariani... manis namanya semanis orgnya ehh...

Memang bestlah apa yang kami belajar hari ni, kene ingat semula semua pendekatan daripada tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Proeble, Montessori, Regio Emilia pendekatan Multiple Intelligence, KSPK dan sebagainya..Saya nak review balik...huuuu mmg susah laa... kena buka buku semula la jwbnya... tu la kalau umur mcm sy ni belajar mmg kena banyak buat revision kan.... aduh...

bab MI ni yang x boleh nak lupa bila sorg kawan kata kita cuma ada 4 MI haha... kalau tanya saya masa tu lah... lagi laa hemtam je... rupa2nya kta semua ada 9 MI...Item inilah salah satu yang patut diterapkan kepada kanak-kanak..

Habis bljr kami kena sediakan korikulum tadika kami (berkumpulan) sambil PM pantau pebincangan kami sblm kami disuruh present (wakil). Saya lbh suka cr mcm ni drpd buat kat umah fikir lps tu hantar asignment.
Cara ni kami sama2 berbincang apakah pendekatan yang kami mahu di tadika (objektif?Pedagogi),DAP (Development Appropriate Practise) & matlamat. Perbincangan beramai mesti banyak idea...kalau sorg menung jugak nak fikirkan nih...

Nak tau minggu depan (11Dec 2010) kami disuruh menghadiri conference Montessorian World International di UM... x sabar rasa nak pergi... tapi mmmm....yang merisaukan lepas tu... rasakanlah.... kene buat asignment laa....haha sabar je la...ni la namanya belajar...kesian kami eh...

Yeayyy seronoknya saya dpt belajar cara masukkan gambar dlm blog ni drpd kawan saya Nurul Huda (trainee teacher IT) TQVM Huda..
 Tp saya ni risau jugak, dia x de nanti (hbs training) saya dah lupa caranya semula.

1 comment: